Program Menjejak Bantu Asnaf, OKU dan golongan yang kurang bernasib baik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan di bawah Pertubuhan Darul Kifayah.

Bagi program kali ini Team PEDAKI telah menjejak bantu seramai 11 buah keluarga yang menetap di Kuala Lumpur, Melaka dan Muar Johor. Program di adakan pada 12 Disember 2016.

Bantuan berupa barang keperluan dapur, bantuan kewangan dan Peralatan sekolah telah diagihkan kepada penerima-penerima bantuan. Selain itu, TEAM PEDAKI turt disertai oleh pasukan perubatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.

 

 

 

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com